Kehidupan Satu Nikmat

Kehidupan Satu Nikmat
Bersyukurlah dengan kehidupan
Powered By Blogger

Friday, March 12, 2010

PENAWARKU SENYUMANMU !!!



Keindahan PERSAHABATAN itu tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Begitu juga keperitan itu tidak mampu ditafsirkan.



Selagi hati kita dan hatinya bertaut kerana ALLAH, insyaallah pasti semuanya kekal hingga ke akhir nafas kita.


Senyuman merupakan sedekah. Tidak memerlukan wang untuk memberi, tidak memerlukan jerih payah yang teruk serta tidak memerlukan kerutan di wajah, tetapi hanya memerlukan seikhlas perasaan sayang terhadap orang lain lalu akan lahirlah senyuman yang tidak ternilai harganya.

SENYUMAN….

Tiba-tiba mengigatkan aku akan seorang rakan karibku yang sudah lama tidak bersua. Hanya dengan senyuman, hubungan kami terjalin hingga saat dan waktu ini. Alhamdulillah tanpa halangan hubungan kami masih di redhai allah.

Semuanya bermula di dalam sebuah bas harian yang membawaku balik dari sekolah menengah setiap hari. Ibu ayah bekerja, so aku kena pandai bawa diri lah. Bukan senang pegang amanah tau.

Petang tu macam biasalah , lepas tamat kelas tambahan aku dengan kawan – kawan
dok sibuk lah nak balik ni. Tapi kami tidak berebut tau lebih-lebih lagi masa naik bas. Kami anak baik tau…huhu…

Masa dalam bas yang penuh sesak tu, tiba-tiba ada seorang pelajar macam aku juga sibuk mencari tempat untuk berpaut. Dalam masa yang sama, buku penuh di tangan. Kami berdiri besebelahan. Muka dia nampak penat.Takutlah nak tegur ( monolog aku sendiri).

Dalam kesesakan itu, tiba-tiba….bush…bunyi sesuatu yang jatuh..tapi apa ye?

O..O…buku yang dipegang oleh pelajar tadi terjatuh. Aku pun tak perasan. Lalu aku pun turut membantu. “Terima kasih” perkataan pertama yang keluar dari mulut dia dan diselangi dengan senyuman. Wau!! Comelnya dia ni..(terdetik dalam hati aku tau)..

Subhanaallah!!!…Cantik dan sempurnanya ciptaan Allah.

Selepas peristiwa itu, hubungan kami terjalin. Dari tidak mengetahui sesuatu pun tentang dia menjadikan aku tahu semuanya tentang dia.

Dia…ialah Nurul Syahida Binti Abdullah.. Syahida bukanlah pelajar satu sekolah dengan aku,. Biasanya kami akan berjumpa di “library”untuk membincangkan contoh-contoh soalan SPM. Dia seorang yang bijak dalam subjek matematik.


Kehidupan dia sedih sangat untuk dalami terutamanya bagi mereka yang mempunyai ibuayah di sisi masing-masing. Tapi tidak bagi dia. Sepanjang aku kenal dia, ibu ayah tidak pernah datang melawatnya. Ibu dan ayahnya masih hidup. Hanya adik-beradik yang datang menjenguk.



Pernah juga terniat di hati nak tanya tentang family sahida…tapi takut akan mengguriskan perasaan dia. Lagi-lagi dia merupakan seorang yang “ Happy Go Lucky”. Biasanya orang yang jenis cam ni, jenis makan dalam. Walaupun hatinya terhiris, tidak
pernah sekali pun senyuman itu hilang di pipi. Betul kan wahai sahabat sekalian ?.

Alhamdulillah, kami sama-sama berjaya dalam SPM. Walaupun tidak memberangsangkan tapi cukuplah sekadar untuk melepaskan merit masuk ke universiti. Tetapi, syahida tidak mahu menyambung pelajarannya di universiti. Puas aku memujuk, namun tidak didengarnya. Walhal, keputusan SPM Syahida lebih baik dari aku. Mungkin dia ada sebab tersendiri yang tidak patut aku tahu...sedih sebenarnya. Tapi sebagai sahabat aku mesti menyokongnya bukan mematahkan semangatnya...

Sekarang dah empat tahun kami tidak bersua wajah. Lebih- lebih lagi selepas masing-masing membawa diri. Kini, Syahida sudah bekerja di Pulau Pinang. Hanya telefon pengubat rindu. Bila cuti semester aku balik tapi tidak dia. Bila dia balik, aku pula sibuk dengan kerja. Oh masa…sungguh singkat waktumu.

Andai kata Syahida terbaca cetusan hati ini, ingin aku memberitahunya semua kenangan yang kita cipta pada satu waktu dahulu menjadi penawar rindu buat diriku juga dirimu. Memori itu tetap dalam sanubariku.

10 perkara yang buat aku saayang kamu =)

1. Senyuman yang manis
2. Cara menghormati orang lain.
3. Sikap lemah-lembut.
4. Cara bercakap.
5. Peribadi yang sedap mata memandang.
6. Berterus-terang.
7. Tegas..tetap pendirian
8. Penyayang
9. Favourite sama dengan saya
10. Kehidupan Syahida buatkan saya sedar, kasih sayang tidak mampu dijual beli
dengan wang ringgit.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List