Kehidupan Satu Nikmat

Kehidupan Satu Nikmat
Bersyukurlah dengan kehidupan

Friday, January 29, 2010

Berkayuhlah Menuju Kejayaan

Aksi remaja sekarang yang tidak ada hala tujuan hidup.
Siapakah yang bertanggungjawab?

" Ya Allah, Tuhan sekalian alam, jiwa dan ragaku ku serahkan sepenuhnya kepadamu, lantaran itu kasihanilah mereka yang tidak berdaya dengan keluasan rahmatmu"....Amin Ya Rabbal Alamin....

Kerap kita mendengar masalah sosial di kalangan remaja masa kini kian menjadi, semakin di banteras, semakin menjadi-jadi. Lantas saya berfikir, mengapa mereka jadi seperti ini? Hidup tanpa arah tujuan? Hanya memenuhi masa muda dengan perkara yang sia-sia?

Bagaimana pula dengan kaum muslimin, orang-orang mukmin, orang-orang yang jujur, orang-orang yang sentiasa menahan dirinya, orang-orang yang sentiasa beribadah, orang yang sentiasa tenang dan berbuat baik?

Mengapa umur yang singkat dan terbatas ini akan anda habiskan dalam kegiatan yang sia-sia dan tidak berfaedah bahkan ia akan mengheret anda kepada kehampaan dan maksiat? Adakah anda mempunyai umur yang lan? Adakah anda mempunyai umur yang lain? Adakah anda mempunyai perjanjian dengan Allah bahawa anda tidak akan mati? Demi Allah !!! ini hanyalah bohongan semata-mata yang bermimpi di siang hari?
Tidak terfikirkah kita akan jasa ibu ayah yang selama ini bersusah payah menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh..Inikah balasanya wahai sahabat sekalian...Marilah kita sama-sama mendengar dan mengambil iktibar akan lagu ini....( JASA BONDA )


Kerana itu, berhati-hatilah, perbaikilah cara hidup anda, luruskan segala hal yang salah, bergabunglah bersama kafilah yang benar dan naiklah ke dalam kapal keselamatan..



PEDOMAN HIDUP

" Sesungguhnya kebahagiaan itu akan hadir setelah berjihad di dalam kesusahan"
Read more

Petua Orang Berjaya

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa kepahitan sepahit hempedu dan pasti merangkul kejayaaan semanis madu.
"Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul"


"Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita gagal".....Tun Dr Mahathir


"Jadilah benih yang bernas, seribu tahun dijemur panas, digetas binatang buas, tetap tumbuh mencetus tunas"

Apabila kita renungkan kata-kata di atas, bukanlah mudah bagi seseorang itu menggapai kejayaan tanpa usaha yang pahit sepahit hempedu. Menurut pakar motivasi kita yang masyhur di kalangan penduduk Malaysia, Dato' Dr Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof, terdapat enam perkara utama yang mesti dilakukan secara istiqamah bagi menggapai kejayaan itu. Antaranya ialah :
  • Tentukan matlamat dan kejayaan anda

  • Bijak mengurus masa dengan baik

  • Mengutamakan yang paling utama dan mengagihkan tugas

  • Belajar mengurus masa dengan baik

  • Bekerja dalam kumpulan

  • Belai diri sendiri dengan rehat dan tidur yang cukup


Lagu ini pasti menuntut semangat kita agar terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa...


Semangat ini akan terus kental jika azam yang ditanam di dalam diri kukuh bagaikan konkrit sesebuah bangunan. Tidak mudak runtuh dek hujan, tidak mudah retak dek kilat yang memancar-mancar bersabungan.

Berusaha bersungguh-sungguh tangga kejayaan....=)

Itulah resepi kejayaan...wahai sahabat-sahabatku...ayuh...marilah kita menuju ke arah kejayaan sepertimana yang sentiasa dilafazkan di dalam azan..."Hayya alal falah".....sebanyak dua kali berturut-turut...dan taat kepadanya...Marilah kita terus berusaha sehingga menggapai keinginan kita tanpa wujudnya perasaan jemu bahkan istiqamah yang berpanjangan kerana Allah S.A.T

Yakinlah Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang beriman...AMIN...Berusaha !!!

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-ragu

Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan

Kau hampiri kegagalan

Jika kau fikirkan kemenangan

Kau hampiri kejayaan

ENGKAULAH APA KAU FIKIRKAN

Terkandung dalam pemikiran

Berfikir boleh melakukan

Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan

Tabah apa kau usahakan

Bertindak atas kemampuan

Engkau BOLEH !!!

Read more

My Blog List