Antara dua persimpangan, mana satu yang akan jadi pilihan, ibu sendiri mentua atau pasangan?
Kata orang 'ditelan mati emak diluah mati bapa'. Dalam situasi ini , anak mana tak sayang ibu, suami atau isteri mana tidak sayangkan pasangan masing-masing. Begitulah konflik yang berlaku antara menantu dan mentua yang sering membuatkan seseorang itu tersepit.
Hubungan dengan mentua sering disebut-sebut antara cabaran besar yang akan menjadi kehidupan berumah tangga. Realitinya, kebanyakan mentua dan menantu terutamanya ibu mentua dengan "menantu perempuan" sering kali dihimpit masalah dan tekanan. Kata orang tua-tua, apabila menempuh gerbang perkahwinan, seseorang itu bukan sahaja berkahwin dengan anknya 'seorang' malah pengertian 'perkahwinan' itu adalah dengan ibu bapanya sekali serta seluruh kaum kerabatnya. Justeru setiap individu yang ingin berkahwin mestilah bersedia menjalinkan hubungan yang baik dengan aggota dan keluarga mentua sepertimana ia menjaga hubungan baik dengan anggota keluarganya sendiri.
Setiap makhluk di bumi ini diciptakan pasangan yang saling lengkap-melengkapi akan keistimewaan dan kekurangan masing-masing tanpa mempersoalkannya hingga ke tahap mertua tetapi bersyukur akan anugerahnya yang tidak terhingga
Cinta Sepenuh Restu
Perkahwinan yang dibina dengan restu ibu bapa dan mentua insyaallah akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Demikian juga rumah tangga akan diberkati dan dikurniakan limpahan kasih sayang yang berpanjangan. Bagaimanapun ramai yang tidak mengambil peduli tentang restu ibi bapa mahupun mentua. Hal inilah yang mencetuskan senario 'kahwin lari' iaitu perkahwinan tanpa restu orang tua.
Lazimnya perkahwinan sperti ini akan berakhir dengan penceraian sebagaimana yang dilaporkan oleh seorang pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah bahawa kajian mendapati bahawa 80% peratus daripada kadar penceraian di Lembah Klang adalah berpunca daripada kaetiadaan restu ibu bapa dan mentua. Antara faktor lain yang menggoncang rumah tangga yang berpunca daripada ibu bapa dan mertua adalah:
- Jika perhatian dan tanggunggjawab yang seharusnya diberikan tidak dilaksanakan oleh si anak atau menantu yang boleh membuatkan ibu bapa sentiasa menagih waktu, wang ringgit, kasih sayang dan kesetiaan.
- Isteri atau suami sering merungut mngenai pasangan mereka yang membiarkan kehidupan dikawal oleh ibu bapa atau mentua.
- Ibu bapa atau mentua tidak menunjukkan rasa hormat terhadap hak peribadi anak-anak yang sudah berumah tangga.
- Anak menantu lebih banyak dikritik daripada dihargai oleh ibu bapa dan mentua menyebabkan timbulnya sakit hati, salah faham dan sebagainya.
- Perspektif mertua yang selalu beranggapan bahawa anak menantu hanya ingat akan mereka apabila mereka memerlukan bantuan sahaja.
- Mertua selalu membanding-bangdingkan bagaimana mereka menjaga anak-anak mereka dengan bagaimana menantu melayan anak-anak mereka.
- Sikap pilih kasih mertua terhadap menantu-menantunya hingga ada yang rasa terpinggir hati dan berkecil hati.
Tip Memenangi Hati Mertua
Kalau boleh setiap orang mahukan mertua sama seperti ibu dan bapa mereka.Namun begitu, latar belakang antara dua keluarga adalah berbeza sama sekali sama ada dari segi taraf hidup, latar belakang pendidikan, amalan dan sebagainya. Dengan erti kata yang lain, seseorang yang baru berkahwin bakal berdepan dengan situasi yang agak berbeza daripada yang dialaminya dalam keluarganya sendiri sebelum ini. Mungkin ia tidak sepertimana yang diharapkannya melainkan dia memilih pasangan dari keluarga yang sudah lama dikenalinya sejak lama dulu atau pasangan dari kalangn keluarganya yang terdekat.
Biasanya, cetusan konflik bermula pada pertemuan pertama, menyebabakan seseorang itu diselubungi rasa perasaan bimbang, memikirkan bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua. Jika kena caranya, tidak mustahil aan menjadikan seseorang itu menantu kesayangan mertuanya. Maka bagi menangani masalah tersebut, pastikan kita menyiapkan diri dengan beberapa panduan seperti berikut :
- Sebaik sahaja sah sebagai tunangan kepada pasangan kita, maka sebaik-baiknya bolehlah mula berkenal-kenalan dengan keluaraga bakal mertua. Jika tinggal berjauhan, hubungilah mereka bertanya khabar dan seandainya hampir dengan rumah mereka luangkan masa berkunjung ke rumahnya.
- Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. tetapi elok jika membawa sesuatu yang boleh dijadikan kenangan. Contohnya : Kain pasang
- Kenali sikap sebenar mertua anda. Bertanyalah kepada pasangan apa yang disukai dan dibenci mertua. Oleh itu, bolehlah kita menyiapkan diri kita setelah menjadi menantu yang sah kelak.
- Setiap kali bertandang, cuba ambil hatinya dengan berbual mesra.
- Berkongsi minat dengan mertua,. Jika dia gemar bercucuk tanam, apalah salahnya kita belajar bersama-sama. Tunjukkan bahawa kita betul-betul berminat dengan apa yang disukainya.
Banyak lagi perkara yang elok mampu kita lakukan semata-mata untuk mendapatkan hubungan yang bahagia bukan sahaja hubungan dengan Allah dan suami, malah hubungan bersama emak mertua kita.
Benarlah kata pepatah.....Apabila kita mendirikan sebuah rumah tangga, kita bukan sahaja berkahwin dengan suami, malah berkahwin dengan keluarga suami..."sesungguhnya hidup kita akan bahagia disamping suami selagi mana rasa hormat dan sayang kita masih ada untuk keluarga suami walaupun hakikatnya keluarga suami tidak pernah ada rasa penerimaan terhadap diri kita sebagai menantu.
Good Luck!!!
0 comments:
Post a Comment