Kerap kita mendengar masalah sosial di kalangan remaja masa kini kian menjadi, semakin di banteras, semakin menjadi-jadi. Lantas saya berfikir, mengapa mereka jadi seperti ini? Hidup tanpa arah tujuan? Hanya memenuhi masa muda dengan perkara yang sia-sia?
Bagaimana pula dengan kaum muslimin, orang-orang mukmin, orang-orang yang jujur, orang-orang yang sentiasa menahan dirinya, orang-orang yang sentiasa beribadah, orang yang sentiasa tenang dan berbuat baik?
Mengapa umur yang singkat dan terbatas ini akan anda habiskan dalam kegiatan yang sia-sia dan tidak berfaedah bahkan ia akan mengheret anda kepada kehampaan dan maksiat? Adakah anda mempunyai umur yang lan? Adakah anda mempunyai umur yang lain? Adakah anda mempunyai perjanjian dengan Allah bahawa anda tidak akan mati? Demi Allah !!! ini hanyalah bohongan semata-mata yang bermimpi di siang hari?
Kerana itu, berhati-hatilah, perbaikilah cara hidup anda, luruskan segala hal yang salah, bergabunglah bersama kafilah yang benar dan naiklah ke dalam kapal keselamatan..